Sunday, February 22, 2009

Sebelum 17

Tanggal 17 Februari lalu, adalah tarikh ikatan perjanjian sehidup semati yg julung kalinya harus di sambut pada tiap-tiap tahun.Dan pada tahun ini si isteri tidak beria-ria untuk membeli barangan kepada suaminya seperti pada ulangtahun perkahwinan yang pertama kerana si isteri sudah tawar hati untuk beria-ria lagi.

Tahun 1:

Kes pada tahun pertama ulangtahun nya..si suami dah tentu tidak memberi apa-apa kerana si isteri sudah tersedia maklum tahu keadaan mereka berdua tidak lah mewah apatah lagi si isteri tidak meminta barangan mewah belaka.Tetapi, di atas ulangtahun yang pertama bagi si isteri..si isteri sedaya upaya ingin beli kan sesuatu untuk suaminya..wow tak sabar untuk berikan pada tarikh keramat itu.

Hari yg di nanti kan muncul tiba, si isteri diam sahaja..ingin mendengar ucapan yg indah dari suami tercintanya..seharian suaminya melayan kaca telekas dan di suruhnya botakkan kepalanya guna mesin rambut... wah sudah seharian tidak berkata apa-apa suami ini..dengan hati yg panas & berasap terus saja si isteri memberi hadiah padanya lalu masuk ke kamar. Dengan kata-kata suami:

Suami: Apa ni?? Kenapa susah-susah beli kan hadiah untuk B ni..tak payah la.

Isteri: Diam (muka senget)

Suami: Apa ni?? (tunjuk bungkusan ke arah isterinya)

Isteri: Diam (muke senget) terus masuk ke kamar (hati panas)



Lalu hati si isteri melonjak-lonjak bagai di hiris mati-matian. Tak kan susah benar nak ucap terima kasih dan ucapkan Selamat Ulangtahun yg pertama. Sudah tentu ulangtahun pertama la yang akan slau ingatan sampai di bawa kiamat. Ini lagi di tanya soalan bodoh dah tentu la hadiah..Buat-buat tidak tahu konon apa salahnya beritahu seperti contoh:
  1. Selamat Ulang tahun sayang..sorry B tak cukup duit nak beli apa yang Ayang nak..
  2. Terima Kasih sayang bagi hadiah ulang tahun kawin kita..tak pa nanti apa yg ada dalam rumah ni B masak eh. Sayang dia.
    Hai sampai si isteri sedih bukan main sedih & kecil ati sampai lari duduk kat luar main buaian sorang2..sampai la ke tengah malam baru la si suami tanya. Si isteri bukan mau sangat hadiah ulangtahun cukup sekadar mengucapnya sahaja memadai. Kecil hati kerana si suami tidak mau usaha atau iktiar kan sesuatu..buat bodo je.
Kata kunci nya adalah: EFFORT- ikhtiar, usaha, daya..(kenapa la golongan Adam ni mmg la sedemikian rupa)

KECEWA dgn tiadanya usaha utk mengucapkannya. HAi kecewe..maka perang besar telah berlaku dan kes selesai.

Tahun (2) Ini:

Maka pada tahun ini si isteri mmg ada niat mau belikan nya GPS (ada hati juga tu) tapi keras kan hati supaya jangan lah beria..masih ingin ikhtiar kan sesuatu..kebetulan ada rakan yg sudah berkahwin mengajak gi Genting untuk suka-suka saja..3 hari seblom ulang tahun itu.

Si suami nyatakan mmg bajet nya sudah tiada..takpa si isteri yg tanggung penginapan & makan kerana sudah berjanji pada rakan untuk berjalan sama-sama..(hint kat suami-konon2 hadiah ulangtahun).Ye dan pada hari ke Genting seblom berangkat si suami suruh isterinya membotakkan kepala nya lagi spt tahun lepas..Asal ulang tahun je suh isterinya botakkan.


Sebelom berangkat ke Genting beberapa hari itu..si isteri sudah awal-awal mengumpul duit di dalam permainan Pet Society semata-mata untuk hias bilik konon2 cam romantik scene (kebetulan barangan yg di tawarkan pada minggu itu Hari Kasih Sayang). Berharap suami bila bermain game itu dapat melihat la ( tapi tidak juga).






Inilah dia Pet Societynye game di dalam FB


Selain daripada ini, si isteri telah membuat 2 E-Card pada si suaminya..(bukan beria tapi usaha tu yg penting) yg di poskan mengikut tarikh penghantaran.

Pada tarikh keramat itu kembali..seperti biasa si isteri bangun lambat tido sampai ke petang kerana sudah kosong jiwa untuk menyambut hari yg seharusnya bahgia. Beberapa kali si isteri di kejut kan oleh suami berkali-kali tapi isteri buat tak reti tido mampus sebab isteri dia burung antu lepas subuh baru nak tido.

Dalam keadaan separuh sedar terdengar si suami menyanyi HAPPY BEDAY TO YOU HAPPY BESDAY TO YOU sambil goyangkan badan isteri supaya bangun.

Si isteri sedar dan pK giler ke ape? Masih tak reti-reti nak ucap laki ni..eeeee..(Pura-pura tido). Sudah bangun itu isteri seperti biasa tidak buat rutin hariannya..masak air, kemas rumah tapi mengadap internet baca sok kabo online, FB dan sealirannya.

Kelihatan si suami panas bontot keluar masuk kamar, katanya bosan mahu keluar rumah..isteri pun bertanya nak ke mana nya pun. Si isteri masih buat bodo tak ucapkan apa-apa padanya...mengenai ulang tahun mereka..Si isteri sudah malas nak layan..hahaha.


Dalam malas nak layan tu..si isteri layan je apa si suami buat..tak berharapkan apa-apa..maka suami berdolak dalih cakap malam ni dia mau makan seafood (paham2 sendiri la si isteri kenapa) Mau makan fatty crab katanya..isteri pun ok kan ja apa dia cakap..(malas nak layan). Isterinya buat la balik camna yg suaminya wat dek kat dia..tapi isteri nya tetap layan jua.

Sudah bersiap selepas maghrib bertolak dgn pantasnya..hairan juga kenapa la suaminya pakai baju Indon. Dalam kereta hairan kenapa suaminya tidak mengikut laluan biasa tapi laluan lain..dialognya:

Isteri: kata mau makan fatty crab B? Nak gi mana ni?

Suami: Cancel, kite gi tempat lain..

Isteri: ok. Diam (malas nak tanya)

Layan je la apa yg nak di buat suaminya itu..berdasarkan peta perjalanan..destinasinye ke arah bandar Puchong..sampai sudah itu walah restoran bali la..menarik & tertarik da bomb. Inilah tempat & masakan yang telah di rasa..



Cumi-cumi goreng= sotong goreng

Green Apple Splash

Suami punya:Nasi Campur Bumbu Bali

Isteri punya: Chicken+fish combo





owhh tu yg suami pakai T-shirt Indon tu nak kena tema pada malam itu la

Makanan yg di tawarkan itu enak-enak belaka..masakannya lebih kepada marinate serai..selesai acara makan suami hendak singgah ada satu kedai yg dia sudah tempah awal nya tapi telah ke Bumbu Bali ini.

Mau lihat restoran lagi satu..sudah tau lokasi nya..suami tanya mau singgah tidak sebab isterinya kata tak puas makan tadi di sebabkan tidak dapat minum air panas satu hari itu. Maka penyinggahan mereka telah bermula. Mereka hanya minum sahaja.





Air jamu sedap bangat- green T-terbaik


Kenyang perut si suami isteri..balik rumah tido sampai ke pagi..betul-betul pagi2 bute baru la si isteri ngucapkan terima kasih..pada suaminya..tapi tidak ucapkan slamat ulangtahun.hehehe. Si suami kata dgn riak..kenapa nak terima kasih pulak..

Perasaan isteri:

Pula ape kehel nye cakap terima ksih pun salah ke..itu pun tak paham2 satu ari suntuk isteri buat bodo je..ala suami tau tapi bengong bab-bab nak romantis..

mmg hargai "EFFORT" yg suami berikan tapi tu la..suami poyo tak ley nak luahkan atau curahkan..hanya harapkan isteri je paham body language dia jek..hekkk.

**tahun 1 hadiah kan handfon music express..tahun 2 tadak bagi hadiah realiti cume hadiah dalam siber je.

Ape-apehal pun Si Isteri tetap sayang seadanya pada Si Suaminya yg ada kala bengong cam bini dia juga. Amin..bersyukurlah pada yg ada..

No comments:

Post a Comment